Wednesday 20 July 2016

Galeri Printing & Design Ipoh: Galeri Printing

Galeri Printing & Design Ipoh: Galeri Printing: Business Card/Name Card                                                 Kad Kahwin Flyers Bunting/Banting ...

Thursday 8 October 2015

Galeri Printing

Business Card/Name Card

                                               Kad Kahwin





Flyers


Bunting/Banting


Galeri Printing & Design :
011-15074217 (Syahrin) Whatapps/Call/SMS

Harga masih boleh dirunding                                 
FULL COLOUR printing

SERVICE KAMI :

1. Business Card/Name Card                                                                                       
2.Weeding Card/Kad Kahwin                                                                                     
3.Flyers                                                                                                                
4.Banner                                                                                                                
5.Bunting/Banting

Untuk sebarang pertanyaan, sila email saya di ayensyahrin5@gmail.com..atau sms/tel saya di no : 011-15074217 (jika email 

anda dibalas dlm tempoh 24 jam)

Harap maklum...                                                                                                          

Terima Kasih


Sunday 27 September 2015

Ciri Kesenian


Ciptaan yang terhasil adalah hasil kekreatifan akal fikiran merangka sesuatu yang baru. Setiap yang terhasil adalah memerlukan kepada pemikiran yang jitu dan mantap. Maka hasil yang dicipta membuahkan kepuasan kepada pemikirnya.

Aspek kesenian ini wujud dalam tiga saluran berbeza:

1. Seni yang menggunakan bunyi atau audio.

2. Seni yang menjadikan gambar sebagai  medium penyampaian.

3. Seni yang menjadikan tulisan sebagai  medium.

Dalam erti kata yang lain, boleh juga dibahagikan ciri kesenian ini kepada 2 bahagian:

1. Seni halus

2. Seni bina

1. Seni Yang Menggunakan Bunyi atau Audio.

Dalam konteks ini, segala jenis bunyian dan audio adalah digolongkan dalam ciri seni ini.
Kesenian yang terhasil adalah terselindung disebalik bunyi-bunyian ataupun audio yang diperdengarkan.

Antara contoh yang boleh digambarkan di sini ialah seni muzik, nyanyian dan pendeklamasian acara. Seni muzik contonnya, mengandungi berbagai-bagai unsur yang digabungjalinkan dalam menghasilkan seni  ini: Cuba kita teliti, paduan gitar, drum, piano danjuga biola contohnya, boleh menghasilkan satu seni muzik yang begitu menarik dan menawan.

Dalam masa yang sama, dimasukkan juga unsur nyanyian dalam seni tersebut, maka hasilnya adalah lebih menarik lagi.

2. Seni Yang Menjadikan Gambar Sebagai Medium Penyampaian

Gambar yang menarik terhasil daripada ciptaan yang unik. Lantaran itu, ciri seni juga boleh dihasilkan melalui platfom atau dalam bentuk gambar. Melalui ciri ini, seni dijelaskan melalui berbagai bentuk gambaran yang terhasil melalui karya yang diterbitkan. Sama ada melalui seni lukis, drama,

Seni lukis pula digolongkan dalam dua bentuk:

1. Lukisan yang tidak berkaitan dengan aspek keagamaan

2. Lukisan masyarakat primitif sejak 5500 s.m. seperti yang ditemui di Bhopal, India.

Kebiasaan seni lukis yang dihasilkan adalah berpandukan kepada haiwan ataupun tumbuhan dan alam sekitar. Seni yang terhasil hanya dapat dinilai oleh mereka yang benar-benar menilai seni. Adalah terlalu sukar menilai sesuatu yang tersirat disebalik lukisan yang dipaparkan oleh mereka. Penghayatan yang mendalam dan keindahan alam dipaparkan oleh mereka melalui seni lukis yang dicoretkan di atas kertas lukisan ataupun lukisan yang mereka paparkan.

Contoh lukisan yang menarik dan unik dan masih diperkatakan sehingga kini ialah lukisan potret ‘Monalisa’  karya Leornado da Vince yang hebat diperbahaskan keseniannya oleh karyawan seni.

3. Seni Yang Menjadikan Tulisan Sebagai  Medium.

Idea kreatif juga boleh menghasilkan seni melalui tulisan yang dihasilkan dalam bentuk yang dipilih. Dalam bentuk tulisan,  seni diciptakan dalam bentuk sajak, kaligrafi, novel ataupun karya-karya sasterawan yang lain.

Bukan sesuatu yang mudah untuk seni yang terhasil dalam bentuk penulisan jika tiada pemerhatian. Lihatlah karya-karya seni yang terhasil melalui aspek penulisan oleh sasterawan terkenal negara yang adakalanya menggunakan bahasa sastera yang begitu sukar difahami. ltulah seni yang dihasilkan  dan begitu tersirat untuk dihuraikan.

Sejarah juga telah menjelaskan bahawa tulisan telah dibina sejak zaman sebelum  masihi lagi. Dengan berbagai bentuk-huruf dan tulisan yang dicipta, seperti sewaktu zaman Kerajaan Rom, Parsi, Mesir purba, zaman lampau China dan sebagainya.

Pembahagian ciri-ciri di atas adalah bagi menjelaskan kelas-kelas kesenian yang dihasilkan dalam perbahasan pertama Manakala dalam bentuk kedua, ciri-ciri seni dibahaskan mengikut kelas seni halus dan  seni bina.

1. Seni Halus.

Seni halus adalah seni yang dihasilkan mengikut bentuk dan gaya yang dipaparkan  dan digambarkan dalam bentuk tarian, muzik dan sulaman.

Seni Tari : Tarian adalah bertujuan menghiburkan. Tarian juga diaplikasikan dalam kehidupan masyarakat. Di India, dalam sejarah dan mitosnya, tarian begitu dihayati oleh masyarakat golongan bangsawan dan Istana.

Dalam bidang tarian, bukan sahaja muzik, pakaian dan gerakan yang dipentingkan tetapi juga dengan ekpresi dan emosi misalnya gerakan tubuh badan dari hujung rambut hingga hujung kaki sebenarnya adalah memainkan peranan untuk memaparkan emosi tarian itu sendiri.

Seni Sulaman : Sulaman biasanya menjalinkan  beberapa unsur untuk disemadikan dalam sulaman yang dicipta. Tumbuhan, haiwan ataupun tulisan sendiri dijadikan unsur ataupun sumber untuk seni sulaman.

Seni sulaman dihasilkan sama ada dari benang dan kain ataupun tumbuhan seperti daun nipah, rotan dan sebagainya. Sulaman yang dibina di atas kain kelambu Ka’bah antara contoh seni yang dihasilkan. Kerusi rotan ataupun atap nipah adalah antara contoh sulaman dari sumber tumbuhan yang dihasilkan.

2. Seni Bina.

Ciri seni dipaparkan dalam bentuk binaan yang dihasilkan. Melalui ciri ini, kita melihat pelbagai binaan dihasilkan dalam bentuk bangunan, ukiran dan sebagainya. 

Perkembangan seni bina pula dipengaruhi oleh persekitaran dan cuaca :

1. Jendela berkisi dibina untuk mengurangkan pancaran cahaya matahari.

2. Batu marmar putih digunakan untukmengurangkan bahang seperti yang digunakan di Rajashtan sejak zaman Moghul. 

Hasil seni bina yang terhasil dapat dikongsi bersama sehingga ke hari ini. Contohnya binaan Piramid di Mesir, binaan Taj Mahal di India, juga binaan Menara Pisa atau lebih dikenali dengan gelaran Menara Condong di ltali.

Seni ukiran pula memaparkan hasil yang unik dan menarik. Sehingga kini kita dapat melihat tiang-tiang yang terukir kemas, ataupun batu-batu yang diukir menjadi patung pameran dan sebagainya.

Seni ukiran yang menarik untuk diperhatikan ialah tiang-tiang Asoka misalnya, kerajaan India satu ketika dahulu. Tiang-tiang Asoka dibina dari batu pasir yang dilicinkan dan mencapai ketinggian 40 kaki dan di hujungnya terdapat bentuk loceng dan bentuk segiempat yang dihiasi dengan gambar binatang seperti harimau. Kemudian diletakkan gandingan tiga ekor singa iaitu pengawal kerajaan Asoka.

Seni arca juga begitu diperhalusi binaannya. Berbagai bentuk arca dihasilkan sama ada dihiasi dengan unsur keislaman ataupunsebaliknya. Arca yang dihasilkan juga begitu rumit. Dengan penelitian terhadap reaksi tanah liat untuk suhu bakaran arca adalah penting. Untuk mencantikkan warna permukaan arca atau proses ‘glazing’, cubaan demi cubaan perlu dilakukan. Lazimnya, suhu setinggi 1100 darjah celcius yang membakar arca di dalam ketuhar mengambil masa selama hampir 24 jam. Seni arca yang berunsur keislaman adalah mudah dikenali kerana lazimnya arca jenis ini dihiasi dengan ayat-ayat yang ditulis dalam bentuk khat arab.

Inilah antara bentuk monumen yang dihasilkan dan mengadungi ciri-ciri kesenian tersendiri sama ada dalam bentuk  arca, ukiran, sulaman dan sebaganya. Walaubagaimanapun, dalam menghuraikan seni ini dengan lebih lanjut, kita sendiri perlu banyak mengkaji dan meneliti segala bentuk artifak, dari segi fakta dan unsur binaannya dalam memastikan dan meneliti kesenian yang terselindung di sebalik binaan tersebut supaya kita tidak tersalah  tafsir dan tersilap menghurai. Dan penilaian itu sudah tentu membuatkan kita bersyukur dengan keindahan alam yang diciptakan.